FahdiGhazali.com

Zaman Kejatuhan ‘Brand’ & Perniagaan Di Instagram Bermula. Adakah Anda Bersedia?

InstagramMungkin agak straight forward dan mengundang banyak persepsi negatif terutama dikalangan mereka yang menggunakan Instagram secara serius untuk membina brand dan perniagaan. Namun, lebih baik jika kita berterus terang agar kita masih sempat ‘bertaubat’ dan bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Ia melibatkan periuk nasi kita. Ia melibatkan sumber kewangan yang kita cari untuk diri, keluarga dan pekerja-pekerja di bawah jagaan kita.

1

Seminggu yang lalu, pihak Instagram mengumumkan yang mereka akan menukar algorithm mereka kepada algorithm yang lebih menyerupai Facebook. 

Mengikut laman web techcrunch.com:

Posts will no longer appear in chronological order and instead be sorted “based on the likelihood you’ll be interested in the content, your relationship with the person posting, and the timeliness of the post.”

What this means is that Instagram will choose what to surface and when – essentially mirroring Facebook’s news feed.

Gambar/post di Instagram tidak lagi akan dipaparkan mengikut kronologi masa tetapi, ia akan lebih kepada memaparkan gambar/video yang pengguna ‘mungkin’ suka, hubungan yang dibuat oleh pemilik akaun Instagram dengan pengikutnya. 

Maknanya, Instagram akan memilih gambar/video yang akan keluar, dan bila ia akan keluar. Mengikut kesesuai.

Apa akan jadi kepada posting gambar dan video yang hanya menjual atau hard sell yang kurang mendapat likes dan komen?

Sudah pasti Instagram tidak akna memaparkannya sekerap dulu.

Sama seperti di fanpage Facebook. Capaianya sekarang hanya maksimum 7% dari jumlah LIKES yang anda miliki. Katakan anda memiliki 1000 likes, untuk setiap satu posting, maksimum hanya 70 sahaja pengikut anda yang akan melihat posting anda.

Ini amat menyedihkan!

Kenapa Facebook Turunkan Organic Reach Instagram?

Ini sangat berkait rapat dengan growth Facebook sendiri. Facebook memiliki Instagram. Mereka mahu jadikan Instagram sebagai salah satu cash cow mereka sama seperti yang mereka lakukan untuk Facebook.

Bayangkan,untuk suku tahun ke-4 sahaja, Facebook mengumumkan mereka menjana keuntungan 5.8 billion USD. Jadi untuk mengekalkan momentum keuntungan, mereka menambah ‘channel’ sosial media milik mereka, Instagram.

Menurut eMarketer, keuntungan Instagram mencapai USD 600 juta pada 2015 dan dijangkan akan meningkat 149% pada 2016. Bagaimana?

Ia adalah dengan menarik lebih ramai peniaga yang menggunakan Instagram sebagai medium pemasaran.

Lebih rendah organic reach, lebih tinggi anda perlu membayar untuk lebih ramai mereka yang berminat melihat produk/servis anda.

Bersedia Dari Sekarang!

Jika 2014-2015, ramai yang ‘angkat kaki’ dari Facebook dan mula berniaga di Instagram selepas Facebook menukar Algorithm, menghadkan bilangan organic reach, kini Instagram akan menghadapi masalah yang sama.

Pada padangan saya, peniaga yang bijak adalah peniaga yang berniaga yang menggunakan platform Facebook, Instagram dan pada masa sama mula ‘membina’ paip dan sungai pelanggan sendiri. Jangan terlalu taksub dengan 1 medium pemasaran sahaja.

Cuba bina pelanggan setia cinta kepada anda, sayang kepada anda. Dengan cara ini sahaja, bisnes anda akan maju!

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!