FahdiGhazali.com

The “hidden block” dalam pemasaran online yang ramai peniaga online tidak tahu..

235H Pada bulan Disember 2014, saya memulakan satu projek online untuk menjual produk dalam satu niche yang antara yang “hot” di Malaysia -niche kurus.
Proses berjalan, dan akhirnya ia “kick off” pada bulan Januari sehingga sekarang. Tup-tup sudah 8 bulan berlalu. Sedar tidak sedar.

1

Secara hakikatnya, ia tidak memberi pulangan yang besar seperti yang diinginkan. Biarpun pada peringkat permulaan, saya rasakan ia satu pelaburan yang bagus, tetapi akhirnya saya terpaksa akui ia tidak semudah yang disangka.

Menjual produk “hot” bermakna kita memerlukan kekuatan dari sudut kewangan untuk beradu dengan jerung gergasi di alam facebook. Ke dua, ia lebih parah jika kita tidak memiliki USP (Unique Selling Point) yang boleh “kasi langgar” semua pesaing yang ada di pasaran.

USP merangkumi banyak aspek. Dari segi produk itu sendiri, cara marketing, presentation pakaging dan lain-lain. Majoriti penjual kalah awal bila bicara soal USP.

“produk saya lebih kurang aje macam yang ada di pasaran”.

Saya juga merasa tempiasnya. Apabila banyak masa dilabur dan teknik digunapakai tidak memberi hasil yang memberangsangkan.

Sehingga saya menemui “THE HIDDEN BLOCK” dalam online marketing.

Bagi saya, dengan cara ini… So far semua produk/servis boleh dijual. Keuntungan berlipat kali ganda!

Caranya adalah dengan menggunakan email marketing.

Antara kelebihan yang saya peroleh:

  1. Email ini akan bekerja 24 jam sehari tanpa perlu ada “manusia” melayan pelanggan
  2. Dengan email, kita boleh membina kredibiliti kita secara automatik tanpa perlu bersusah payah setiap hari. Hanya set up dan tinggal.
  3. Kerja follow up akan dilakukan oleh sistem. Tidak lagi bergantung harap kepada whatsapp dan follow up secara manual
  4. Kita boleh follow up semasa hari gaji tanpa perlu bersaing dengan jerung lain
  5. Kita ada padang kita sendiri – Tak ada orang boleh flagged atau tutup padang ini melainkan kita.
  6. Dan banyak lagi… Serius…

Saya sedang mengkaji bagaimana convertion rate jika saya boleh dapatkan 500 fresh prospek setiap hari, online.

Esok kita akan mulakan target ini. InsyaAllah akan update mengenainya.

p/s: Bulan lepas, saya buat satu experiment, hanya 100% menggunakan email, jualan boleh mencecah lebih dari 5 angka! 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



1 comment… add one
  • ‘Tunjuk ajar ku Sifu’….
    Banyak blog yg singgah sebelum ni,Tuan punye Blog pertama yg buatkan sy terpaksa review 80% posting Tuan.Kremm punggung.Hehe….Teruskan berkongsi ilmu yg bermanfaat khususnya buat orang baru mcm sy Tuan.

    Terima Kasih

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!