FahdiGhazali.com

TANYA FAHDI : Bagaimana saya bermula bisnes? (Part 2) – RM50 Jadi RM1000 Dalam Masa Beberapa Minit!

InsyaALLAH, kali ini saya sambung bahagian 2, bagaimana saya bermula dengan bisnes. Bahagian 1 boleh baca disini 

1

**************

Saya buntu!

Itu yang dapat saya gambarkan ketika dicabar oleh mentor saya untuk menggandakan duit RM50 jadi RM1000. Mana mungkin…

Minda yang ‘rosak’ dan kurang percaya kepada perniagaan ketika itu memberontak. Memberontak kerana tidak percaya, mana mungkin duit yang kecil boleh bertukar jadi besar dalam masa singkat. Kalau RM50 jadi RM100 tu logik juga, tapi RM1000? Langsung tak logik!

Ketika saya tunduk, ‘tuan guru’ saya teruskan leteran dan mengingatkan saya akan ketidaktanggungjawab saya sebagai seorang anak. Saya tidak ada wang untuk diberikan kepada ibu. Hatta untuk makan sekali pun saya bergantung harap kepada orang lain.

Saya teruk ‘dikerjakan’ dengan kata-kata waktu itu. Bagai panah berapi menusuk-nusuk ke hati. Setiap bait perkataan cukup tajam dan tidak bertapis lagi. Mungkin ‘tuan guru’ saya dah terlalu muak dengan perangai saya yang langsung tidak ada jati diri dan fikiran positif.. Saya seolah-olah lemas dengan kata-kata. Saya dah benci sangat bisnes! Bisnes sebelum ini dah buatkan saya miskin dan jatuh tersungkur.

Jutawan? Bagi saya semua itu tipu semata!

Tetapi, setiap kejadian ada hikmahnya..

Sedang saya teruk diherdik waktu itu, ada seorang hamba Allah sedang memerhati dari belakang. Beliau lihat sahaja perlakuan tuan guru saya  bersama ‘anak murid’ yang tampak tak semangat. Lagi dimarah lagi tunduk mengalah.

Barankali beliau sendiri kesian melihat keadaan itu. Barangkali…

Beliau menunggu usai sesi ‘tortured’ berakhir, barulah beliau perlahan-lahan menghampiri saya. Tanpa banyak soal, Ustaz Ahmad berkata:

‘Tuan berikan ambo RM50 tadi, ambo akan berikan stok air mineral HIMAX5 10 kotak kepada tuan. Nilainya bersamaan RM1000+! Tetapi janji tuan akan bayar balik dalam tempoh sebulan”

Saya bagai orang orang mengantuk diberi bantal. Hanya 1 perkataan yang keluar dalam hati. ‘WOW!”

WOW kerana RM50 tadi dah jadi RM1000 dalam masa beberapa minit

WOW kerana ada orang yang sudi tolong

WOW kerana boleh balik ke rumah akhirnya!

Saya tanpa banyak soal bersetuju. Bagi saya, setuju dulu, fikir kemudian cara nak habiskan air mineral yang bertimbun nanti.  Yang penting balik rumah!

Kami balik Kelantan hari itu juga.

***********************

Keesokkan harinya, seperti dijanji, Ustaz Ahmad datang ke rumah. Beliau membawa bukan 10 kotak air, tetapi 20!

“Tuan guru tuan suruh ambo hantar 20. Katanya jangan manjakan tuan. 10 tu kecik sangat”

Fuh! Saya panik. Kalau 10 dah bertimbun, dan pening nak habiskan, inikan pula 20 kotak. Lagi pening!

Saya sign borang agreement consignment dan Ustaz Ahmad berlalu balik ke pejabat beliau di Jertih, Terengganu.

Saya ditinggalkan pening seorang diri. Pertama pening bagaimana nak habiskan 20 kotak air mineral ini, yang kedua pening tak tahu macam mana nak jual air mineral 500ml, RM4 satu! (Air mineral ini dicampur dengan air zam-zam dan dibaca dengan ayat al-quran, jadi mahal berbanding air meneral biasa 500ml)

Disebabkan kotak yang besar dan banyak, rumah jadi kelam kabut. Semua kotak saya letak di beranda. Ditambah lagi waktu itu rumah sedang dalam proses ‘renovate’, lagi bersepah!

“Sabar Fahdi.. sabar.. mesti ada jalan!”

Saya mula merangka plan…. (To be continue)

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!