FahdiGhazali.com

Takut Ambil Pekerja? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

294HSatu hari, Ali si peniaga online berjumpa dengan sorang sahabat lamanya, Abu (juga peniaga online).

1

Kata Ali, “Pening lah… Banyak benda nak kena buat. Akulah yang kena buat iklan, aku lah yang kene order stok, aku lah yang jawab mesej pelanggan, akulah check order, akulah yang bungkus barang, aku yang kena pos, aku kena buat itu, buat ini. Kadang-kadang kenduri orang pun tak boleh pegi. Sebab buzy bisnes!”

“Aku buat bisnes ni sebab nak ada time freedom. Kalau macam ni, duit ada, masa tak ada, payah juga. Nak keluar dengan anak bini jauh la. Masa nak keluar tu lah order masuk bertalu-talu. Kalau tak jawab, customer lari!”.

“Bagus lah kalau macam tu… Maknanya bisnes tengah maju! Eh, belanjalah aku…. Heh!” Abu menyindir.

“Begini, kalau rasa tak sempat dah nak handle, bisnes makin naik, cari lah pekerja. Sampai bila nak buat sorang? Lagi pun, kalau cari pekerja, rezeki murah. Insya-Allah”. Sambung Abu memberi idea.

“Gila kau! Kalau ada staff, nanti kena bayar gaji, KWSP… silap-silap, kalau dia tahu apa kita buat, dia tiru kita pulak. Tak nak aku!”.

Ini senario sebenar..

Sebenarnya, inilah senario sebenar yang berlaku bila seorang peniaga yang baru nak bermula. Baru mula berasa duit hasil perniagaan.

Bahasa ringkasnya, CEO, Chief EVERYTHING Officer.

Semua benda nak dibuat!

Dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.

Saya dulu pernah berada di situasi yang sama. Saya masih ingat, masa itu saya bekerja, berbisnes hanya dari rumah. Semua perkara saya yang lakukan. Termasuk kerja rumah. Isteri ketika itu masih HO (Housemenship Officer) di Hospital Kota Bharu. Oncall, oncall, oncall. Malam baru balik. Kadang-kadang esok pagi (24 jam kerja) baru balik.

Jadi urusan rumah, diri sendiri, bisens, saya yang siapkan.

Sehingga satu masa, saya rasa tidak mampu lagi untuk handle, semua perkara. Saya bercita-cita untuk membuka syarikat sendiri, tetapi tak mahu staff! (Lucu benar..). Alasanya sama, kalau ada staff nanti banyak belanja kena keluar.

Nak bayar gaji, KWSP, SOCSO, komisyen. Dan ketakutan paling parah adalah takut yang kalau pekerja ‘cilok’ idea dan ilmu untuk bangunkan bisnes sendiri.

Fuh, barangkali itu pemikiran ‘syaitan’ yang lupa, kita bukan lama di dunia ini.

Rupanya, dengan ada staff, team, pasukan, kerja adalah berganda lagi mudah dan sebenarnya hidup akan lebih bahagia. Kenapa?

Ini adalah pendapat saya sendiri.

  1. Bahagia kerana kita jadi asbab rezeki orang lain.

    • Katakan anda ada staff/team. Cukup bulan, gaji yang diperoleh dibawa balik untuk diri mereka, ibu mereka, ayah mereka, dan keluarga. Rezeki tadi akan berpindah milik kepada orang lain. Itu belum termasuk dengan duit gaji yang diberi sedekah oleh pekerja kepada orang lain. Kita pasti akan ada ‘bahagian’ dalam sedekah itu. Insya-Allah. Bahagianya, kita melihat kita menjadi asbab rezeki orang lain. Allahuakhbar!
  2. Pekerja/team bagaikan keluarga besar

    • Masing-masing ada perangai masing-masing. Ada yang jenis proaktif, ada yang jenis ‘slow’ sikit. Ada yang perlu di guide setiap masa, ada yang jenis boleh buat keputusan sendiri. Macam-macam ragam. Tetapi hakikatnya, itulah hidup. Tetapi percayalah, jika kita boleh build mereka dari no body, kepada somebody, ia akan jadi kebanggaan sepanjang hayat.
    • Saya pernah ada beberapa orang dalam kumpulan yang saya bina dari zero menjadi hero. Alhamdulillah, mereka berkekalan sehingga hari ini. Hatta ada sesetengah sudah ada perniagaan sendiri yang saya sendiri cemburui.
    • Bukankah salah satu dari 3 perkara yang kita akan tinggal adalah doa anak yang soleh? Insya-Allah, jika pekerja, team kita doakan kita, akan ada ‘saham’ kita disana nanti. Best kan?
  3. Lagi ramai staff/team, lagi banyak income!

    • Susah untuk percaya, tetapi ini adalah hakikat.
    • Bukankah janji Allah, sedekah 1 Allah ganda 10? (Atau 700)? Bayangkan anda sedekah kepada staff, team anda setiap bulan, Allah janji untuk gandakan. Allah janji! Allah janji! Allah janji! Yakinlah…
    • Kalau Dato Seri Tony Fernandes janji nak bagi tiket Air Asia free (Yang video viral 2,3 hari ini) semua pakat percaya, inikan pula janji tuhan yang Maha Esa. Mana lagi kita nak percaya? Hah!
  4. Lebih banyak masa

    • Kita semua Allah bagi 24 aje. Tak lebih tak kurang. Tapi bayangkan ada 10 orang staff/team. Anda ada 240 jam sehari! Fuh!
    • Kalau 240 jam sehari, banyak tak perkara boleh buat?
  5. Fikiran bos, untuk masa depan dan tingkatkan sales

    • Jadi kalau anda seorang bos, kepala perniagaan, kerja anda hanya fikir cara untuk perniagaan masa depan dan belajar cara untuk tingkatkan lagi sales.
    • Jangan sibuk dengan perkara yang tidak memberi manafaat seperti habiskan 1 jam bungkus barang!
    • Kerja bos, adalah bernetworking dengan orang yang berjaya.

Cukuplah 5 point itu dahulu.

Sebenarnya banyak lagi, tetapi kalau baca sahaja, tanpa ada ‘action’ untuk ambil pekerja pertama tak ada guna. Feel it, taste it!

p/s: Kalau anda dapat pekerja tak perform, boleh berhentikan. Sebab perniagaan juga susah nak grow kalau pekerja tidak mencapai KPI yang ditetapkan. Tepuk dada tanya diri.

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!