FahdiGhazali.com

Kenapa Kita Jadi Kurang Semangat?

Mekah-1Dalam kita mengharungi ranjau setiap hari yang Allah berikan, sudah pasti akan ada timbul perasaan ‘lost’ dan kurang semangat. Tidak ceria dan bosan dengan perkara yang kita lakukan. Kadang-kadang kita rasa mahu give up . Solusinya, duduk depan TV, tidak ada tujuan tukar channel itu, lihat cerita ini. Seharian dihabiskan tanpa berbuat apa-apa.

1

Ya itu yang biasa kita lakukan bila fikiran negatif mula singgah. Bila fikiran sudah ‘kelam’, syaitan pun mudah untuk masuk mengacau. Mereka tambah lagi perisa supaya kita makin malas dan hanyut. Kalau buat kerja tak bersungguh, menangguh dan kurang semangat.

Adakah ini yang anda rasa sekarang?

Saya secara jujur tidak dapat lari dari berhadapan dengan perkara yang sama. Saya juga manusia biasa yang perangainya sama seperti laut. Ada pasang ada surut. Pun begitu, pasang surut laut pun ada sela masanya.

Mengikut pengamatan yang saya sendiri fikir dan ‘observe’ kita sebenarnya perlu memahami bagaimana sebenarnya minda kita berfungsi. Sebenarnya, minda juga perlukan makanan untuk ia kembali cergas dan bersemangat. Sama seperti tubuh badan. Lainnya, tubuh perlukan makanan seperti nasi untuk tenaga, minda kita kita perlukan “TARGET IMPIAN’ untuk kembali bernafas.

Mentor saya pernah menyebut, mereka yang tidak ada impian umpama mati sebelum ajal.

Ya, belum ajal menjengah, semua sudah mati. Dari akal, tubuh dan roh.

Pun begitu, persoalan impian ini bukan mudah. Tetapi ia tidak payah. Untuk berimpian, kita tidak perlu membayar walau 1 sen pun. Ia hanya perlu gerak hati dan imaginasi untuk menghasilkan result impian itu.

Sebagai contoh paling dekat yang saya alami sekarang, dek kerana kesihatan yang tidak begitu bagus, perasaan yang bercampur baur, badan yang selalu letih dan kepala yang sering sakit menyebabkan motivasi saya selalu goyah. Saya memerlukan impian baru, fresh dan memberi cukup ‘spark’ untuk saya mula bangkit. , saya perlukan Allah untuk mengubati semua ini.

Jadi saya sematkan matlamat,saya mahu tunaikan haji tahun ini, 2015. Ya, saya mahu tunaikan haji. Soal lain, saya serah kepada Allah. Soal kewangan, kesihatan (walaupun kesihatan tidak berapa mengizinkan), saya yakin, jika Allah izin, semua boleh menjadi nyata.

Saya tak perlu membayar walau 1 sen pun untuk impian ini. Saya yakin, Allah mengikut sangkaan hambanya. Bagi saya sekarang, saya hanya perlu usaha dan usaha, yang lain, saya hanya serah kepada Allah untuk tentukan taraf ‘kelayakan’ saya untuk jadi tetamunya.

Langkah pertama untuk saya buat bermula sekarang adalah belajar cara untuk menunaikan ibadah haji, daftar haji dengan tabung haji, tanyakan pakej swasta yang bagus, peruntukan kewangan untuk ke sana, persiapan dari segi rohani dan jasmani.

Alhamdulillah, niat dihati mahu menelefon ibu untuk beritahu hal ini. Tapi mungkin disebabkan gerak hati seorang mak lebih kuat, bukan saya yang telefon, tapi ibu yang terlebih dahulu telefon. Saya sempat bagitahu mama mengenai impian ini dan mohon doanya.

Semoga Allah mudahnya sebagaimana Allah mudahkan urusan untuk ke umrah 3 tahun yang lepas. Amin…

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!