FahdiGhazali.com

Cara Turunkan Kos Per Lead Customer Sehingga 0.50 Sen (Yang Peniaga Online Boleh Lakukan)

 150729_EM_WorstCustomerService
Kos untuk dapatkan seorang pelanggan sebenarnya sangat ‘mahal’ terutama jika anda menjual produk yang mempunyai banyak pesaing.
Contohnya anda jual kopi.
Di Malaysia, berapa jenis jenama kopi yang wujud? Banyak! Banyak sehingga kita tidak ingat jenama yang jarang-jarang kita dengar. Yang kita betul-betul ingat seperti Nescafe, Kapal Api, Ali Cafe. Selebihnya?
Itu jika saya bicara soal bisnes besar yang ada marketing budget yang besar. Berjuta setahun. Bagi mereka tidak mengapa kalau ‘spending’ untuk marketing besar. Untung juta-juta, rugi pun boleh sampai juta.
Tetapi bagaimana dengan anda?

1
Jika anda jual produk yang sama dengan orang lain jual, kemungkinan besar anda juga akan jatuh dalam ketegori ini.
Jadi, bagaimana untuk turunkan kos per lead pelanggan? Ini adalah soalan yang selalu orang tanya terutama bisnes online & produk/servis yang dijual tidak ada USP (Unique Selling Proposition)
 
Biasanya berapa? Ia subjektif. Bergantung kepada produk yang anda tawarkan. Tetapi kebiasaannya, kita letakkan RM10 hingg RM20 per lead.
 
Itu baru lead. Belum sale. Maksudnya, spent RM10, RM20 baru masuk seorang yang ‘bertanya’ tentang barang/produk/servis yang kita tawar. Bertanya, bukan membeli. 
Mahal? Ya, memang mahal.
Jadi, bagaimana jika saya katakan yang kos per lead boleh dapat PERCUMA atau paling minimum pun 0.50sen?
 
Ok, begini.
 
Kita perlu faham, dalam dunia hari ini, pelanggan sudah terlalu muak dengan offer yang ditawarkan. Setiap hari mereka akan ‘dihidangkan’ dengan jutaan produk dan servis dihadapan mereka melalui skrin, billboard, surat khabar, TV, Internet dan sebagainya. 
Cuba bayangkan situasi anda sendiri. 
Bangun pagi, buka sahaja mata, handphone biasanya akan berada di sebelah anda. Anda buka Facebook. Apa yang anda lihat? Newsfeed.
Dan tiba-tiba muncul iklan ‘Sponsored’. Pagi-pagi buta. Bukan 1, tapi belambak!
Selepas itu, anda bersiap-siap untuk ke pejabat, buka sahaja kereta, dah dengar iklan di radio. Anda buka lagi handphone untuk buka portal berita, ada lagi iklan. Anda start kereta, anda lihat papan-papan tanda iklan disekeliling…Kereta di hadapan anda juga  ada tampal sticker perniagaan di cermin belakang… Sampai di jalan utama, perkara pertama yang anda nampak adalah billboard iklan! The list goes on…
Manusia penat dengan situasi ini.
Disebabkan itu, jika anda ‘menyuruh’ mereka buat tindakan segera, mereka susah. Mereka serabut.
Serabut dengan terlalu ramai manusia yang mahu ‘cekik’ duit mereka. Mereka rimas dengan manusia yang hanya tahu jual, jual dan jual.

Beri Dulu Apa Mereka Mahu, Baru Mereka Beri Apa Yang Anda Mahu

Konsepnya sama, anda suka atau tidak kawan belanja? Mesti suka kan?

Kalau setiap kali makan kawan yang sama belanja, lambat laun anda pun naik malu. Sampai satu hari, kawan ajak ke restoran mahal, anda yang bayarkan.

Begitulah dengan pelanggan…

Mereka mahu ‘terima’ dahulu baru mereka akan memberi.

Apa yang kita sebagai peniaga mahu? Kita mahu duit mereka. Kita mahukan sales. Apa pelanggan mahu? Mereka mahu produk / servis kita.

Jadi langkah untuk turunkan kos untuk mendapatkan seorang pelanggan adalah dengan memberi produk / servis percuma!

Beri Produk Atau Servis Percuma Dahulu

Dalam dunia yang terlalu banyak persaingan ini, anda perlu terlebih dahulu memberi ‘cinta’ anda kepada pelanggan. Pastikan mereka jatuh hati dengan anda dahulu.

Dalam hal ini, beri sebanyak mungkin manafaat. Kalau anda tawarkan produk. Beri produk percuma, tester kepada mereka untuk mereka alami dan rasai sendiri produk yang anda tawarkan. Tidak perlu banyak, cukup untuk menghasilkan percikan api cinta antara anda dan ‘si dia’, iaitu pelanggan anda.

Pernah lihat peniaga kopi beri free kopi untuk pelanggan?

Biasanya mereka beri sedikit sahaja. Nak lebih perlu beli dari mereka.

Produk Atau Servis Percuma Sebagai Umpan

Bagi peniaga online, anda bukan tertakluk untuk beri produk atau servis yang mahal. Boleh jadi anda hanya beri ‘Panduan Percuma Bernilai RMXXX’ kepada pelanggan anda dan panduan ini dalam bentuk ebook.

Mereka sudah cukup hargai usaha anda itu.

Panduan atau ebook percuma ini anda sendiri yang letak nilai. Kalau anda letak nilai RM100, maka ia akan jadi RM100. Kalau nilainya anda letak RM1000, maka ia akan jadi RM1000.

Bergantung.

Siapa tidak mahu barang PERCUMA?

Cara ini akan turunkan kos untuk anda dapatkan ‘lead’. Bila mereka dah mula jatuh cinta, mereka akan mula beli, beli, beli dan beli lagi dari anda.

Setuju?

Saya sendiri gunakan teknik ini. Dari kos untuk dapatkan seorang yang berminat sehingga RM20 per lead, saya dapat kurangkan kepada PERCUMA! Paling tinggi pun RM1 seorang.

Murahkan?

Harapnya ia membantu!

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!