FahdiGhazali.com

Nak Letupkan Sale Bisnes? Ini 4 Langkah ‘Super’ Yang Anda Perlu Buat! (Baca Sekarang)

334h

1

Tahun 2012, sewaktu Facebook baru mula berkembang, peniaga yang menggunakan media sosial ini untuk mempromosikan produk atau servis majoritinya akan memperoleh jumlah ‘sales’ yang sangat besar. Kos marketing pada ketika itu amatlah murah dan ‘convertion’ untuk pelanggan membeli adalah sangat tinggi.

Ramai jutawan muda, jutawan senyap muncul hasil dari marketing di Facebook semata-mata. Ini terutama yang fokus menjual produk kecantikan kesihatan, pakaian. Mereka kena dengan masa, kena dengan produk. “Timing” mereka yang bermula ketika itu sangat-sangat tepat.

Adakah anda juga salah seorang yang berniaga menggunakan mediaum online?

Jika ya, teruskan pembacaan kerana saya ada sesuatu yang penting untuk dikongsi.

Pada tahun 2016, persaingan semakin sengit dan keadaan ekonomi sudah semakin ‘tenat’ membuatkan sales majoriti orang semakin turun dan turun. Lihat sahaja luahan hati Dato’ Aliff Syukri.

Beliau saya anggap ‘pakar’ dalam memasarkan produk berkaitan kecantikan dan kesihatan. Jadi amat patut kita ambil berat tentang pandangan berkaitan dengan ekonomi Malaysia yang semakin meruncing.

Malah 1 persatu kilang2 jenama gergasi di malaysia ni telah.. Tutup dan brpindah ke negara lain…” – Dato’ Aliff Syukri

Kuasa beli orang ramai sudah semakin menurun, sales ‘geng-geng’ produk kosmetik & kesihatan dan lain-lain bisnes mula menampakkan kelembapan.

Jadi, bagaimana anda mahu kekalkan momentum perniagaan dalam situasi yang menekan ini? Saya kongsikan beberapa steps yang anda perlu lakukan sekarang untuk menjamin perniagan anda tetap teguh dan utuh.

STEP 1 : Facebook Ads, Instagram Hanya Untuk Fast Cash Sahaja, Bukan Long Term!

 

Facebook Ads masih sangat diperlukan untuk generate duit pantas terutama dalam ekonomi yang makin lama makin tenat. Masa ini, ketika ini, anda perlu fokus untuk buat duit sebanyak mungkin dan Facebook Ads adalah jalan yang paling cepat, murah dan senang untuk mendapat ‘Result’ yang diinginkan.

Tetapi, anda perlu jadikan Facebook sebagai alat untuk ‘Fast Cash’ sahaja. Bukan untuk long term dan survival bisnes anda.

Mengikut pengalaman saya, Facebook sangat ‘volatile’. Ia boleh berubah pada bila-bila masa. Kalau hari ini kita dapat sales banyak, esok belum tentu. Kalau ‘copywriting’ hari ini menjadi, esok mungkin tidak.

Justeru, untuk buat duit segera, 3 aspek ini sangat penting untuk anda buat Facebook Ads yang memukau dan boleh menghasilkan sale.

  1. KENAL PELANGGAN/AUDIENCE anda sedalam-dalamnya – Ya, jangan anggap produk anda ‘terlalu power’, sehinggakan semua orang jadi sasaran marketing anda. Fokus kepada audience yang anda terget sahaja. Kenapa? Lain audience, lain setting dan ayat yang boleh menarik mereka. Katakan anda mahu menjual produk kurus, audience wanita, berumur 25 hingga 35, dan wanita 35 hingga 45. Kedua-dua julat umur itu pun ada ‘basic’ needs yang berlainan. Jika 25-35 mungkin mereka mahu kelihatan mengancam macam anak dara, manakala untuk wanita 35 hingga 45 tahun, mereka mahukan kesihatan berbanding nampak cantik.
  2. GAMBAR YANG MENARIK PERHATIAN – Marketing is about attention. Gambar anda perlu masukkan gambar yang beremosi, yang mereka kenal. Contohnya anda nak mempromosi produk kepada student universiti. Ambil gambar dihadapan UiTM dan buatlah iklan target kepada pelanjar UiTM. Sudah tentu mata mereka akan berhenti dari scroll newsfeed bila melihat logo ‘UiTM Dihatiku’ itu.
  3. HEADLINE YANG MEMUKAU – Tidak semestinya anda perlu menulis headline yang super ‘complicated’. Kadang-kadang cukup dengan bertanya soalan pelanggan sudah boleh respon kepada iklan anda.

Sebagai contoh, iklan Sifu Design di bawah :

screen-shot-2016-10-11-at-12-12-03-pm

Iklan ini sangat ‘simple’.

  • AUDIENCE : Lelaki, berumur 25-45 ( Start up bisnes), minat bisnes
  • GAMBAR : Letakkan gambar portfolio yang pernah dihasilkan. (Dalam kes produk kecantikan, kesihatan, masukkan gambar ‘real’ pengguna yang menggunakan produk anda.
  • HEADLINE : Tanya soalan/masalah pelanggan.

Ini hanyalah contoh. Anda perlu kreatif untuk hasilkan iklan dan perlu berhati- hati untuk tidak melanggar peraturan Facebook. Biasanya, gambar dan copywriting untuk produk kecantikan dan kesihatan cenderung untuk melanggar terma dan syarat yang Facebook tetapkan.

  • Jangan ‘overclaiming’. Contohnya ‘Lemak badan cair meleleh’. (Mana ada lemak cair kan? Itu ‘over’ claiming)
  • Elakkan gambar sebelum selepas
  • Elakkan menjual barangan seksual (Lelaki & wanita)
  • Elakkan menulis ayat yang ‘menghina’ pelanggan – Contohnya “Anda gemuk?”

STEP 2 : Bina Facebook Fanpage Yang Banyak ‘Sharing’, Bukan Banyak Menjual!

 

Okeh, anda sendiri, bila anda ada page Facebook. Anda menjual atau anda banyak share tips dan teknik? Katakan produk kesihatan. Adakah dalam page anda penuh dengan gambar testimoni, ayat sales copywriting yang ‘power’ atau anda lebihkan sharing?

Saya dulu juga lakukan perkara yang sama. Saya anggap Facebook adalah tempat menjual. Walhal saya lupa, orang menggunakan Facebook untuk tujuan suka-suka, bersosial. Mereka mahu LIKE, KOMEN, SHARE status-status yang dirasakan baik dan sesuai dengan orang sekeliling. Jadi tidak hairan, kalau anda hanya menjual, ia tidak akan memberi kebaikan kepada si pengguna Facebook. Hanya yang rasa betul-betul ‘tak ada kerja’ akan klik butang share.

Terutama bila mereka lihat sahaja ayat ‘sponsored’, mereka akan lari jauh-jauh.

Fanpage yang baik adalah page yang banyak sharing.

Saya bagi contoh yang semua orang kenal. The Vocket dan Siakap Keli, mereka banyak menulis artikel yang sedap dibaca dan diikuti.

the vocket

Ok, cuba anda perhatikan bilangan share artikel di atas. Lebih kurang 30shares. Maksudnya, dengan share sesuatu yang bermanafaat, tanpa ada sedikit pun unsur menjual, orang akan senang untuk klik kongsi/share.

Bagi anda sebagai peniaga, anda akan dapat ‘trafik’ percuma tanpa perlu bayar mahal kepada Facebook. 

Contoh ke dua adalah yang saya buat sendiri untuk menjual produk kurus ASSEZ SLIM;

Posting dibawah menerima 194 shares dan reach 38,591 orang tanpa memerlukan kos iklan!

screenshot diarikurus

 

Contoh posting ke dua, posting dibawah menerima 2,300 shares dan reach sehingga 270,000 tanpa kos marketing yang besar.

Screen Shot 2016-01-11 at 11.53.08 PM

 

Cubaanda anda aplikasikan teknik ini dalam bisnes kosmetik dan kesihatan milik anda. Kongsi tips dan teknik cara untuk jadi cantik dan sihat. Saya amat yakin, anda akan mendapat bilangan share yang tinggi.

Mari kita lihat kebaikan jika anda mula gunakan kaedah ‘content marketing’ untuk pemasaran anda:

  1. Post anda akan viral dan lebih traffik dan bakal pelanggan melihat produk anda tanpa anda keluarkan kos yang besar
  2. Anda akan wujudkan ‘trust’ atau kepercayaan di hati pelanggan dan bakal pelanggan.
  3. Anda akan buatkan pelanggan dan bakal pelanggan ‘jatuh cinta’ berkali-kali dengan anda.
  4. Apabila mereka trust/percaya dan dah cinta kepada anda, mereka akan senang hati membeli produk/servis anda.

STEP 3 : Bina Blog Untuk Berkongsi Tips & Sharing 

 

Benar, orang kata guna Facebook page dan buat iklan pun boleh jadi kaya raya. Tapi, sejauh mana bisnes anda boleh bertahan? Pernah dengar;

  • Facebook page di unpublished?
  • Akaun Facebook Ads kena ‘flagged’?

2 masalah ini sebenarnya adalah masalah ‘major’ mereka yang bermain dalam niche produk kecantikan dan kesihatan. Amat sukar jika hanya gunakan Facebook semata-mata untuk lakukan pemasaran.

Sebagai contoh, salah satu perniagaan saya yang saya sudah belanjakan beratus ribu untuk pengiklanan dan membina page yang terdapat beribu Likers, hilang sekelip mata! Bagaimana perasaan anda jika keadaan ini berlaku?

Frust, dan tambah buruk, jika kita ada team dan staff yang menguruskan perniagaan. Jika 2 perkara, unpublished dan akaun di flagged, sudah semestinya mereka tidak ada kerja dan silap hari bulan, dengan anda pun bungkus!

Salah satu posting yang saya post di page saya sendiri, 2 juta likes hilang dalam masa 1 malam!

Disebabkan itu, anda jangan terlalu yakin dengan page anda.

Page hanyalah alat untuk menarik trafik sahaja & fast cash. Tidak lebih dari tu. Facebook page adalah milik sepenuhnya Facebook. Bukan milik anda.

Tetapi, blog, website adalah 100% milik anda.

Anda nak tulis statement yang pelik-pelik, overclaiming, gambar sebelum selepas untuk produk kecantikan dan kesihatan, no problem!

Apa kelebihan jika anda ada website sendiri?

  1. Aset/hartanah maya – Bukan rumah, bangunan sahaja dikira hartanah. Website yang ada trafik yang tinggi juga dikira sebagai hartanah. Sahabat saya, pernah menjual 1 website miliknya dengan harga RM1 juta selepas setahun website itu dibina.
  2. Trust – Bayangkan, semua peniaga ada fanpage, tetapi tidak semua peniaga ada website. Bayangkan anda berada di tempat pembeli, yang mana satu anda percaya? Peniaga yang ada fanpage dan website dengan peniaga yang hanya ada fanpage?
  3. Database – Yes, ini paling penting. Dengan adanya website, anda boleh mengumpul database pelanggan yang masuk ke website anda.
  4. Trafik percuma – Ini dari google. Tidak semestinya anda perlu ‘bayar’ untuk dapat pelanggan. Anda boleh dapatkannya PERCUMA!
  5. Posting tidak hilang – Kalau anda tulis status dalam Facebook, adakah anda boleh melihat semula status tersebut selepas beberapa lama? Sudah tentu tidak! Kalau anda nak tengok juga, anda perlu scroll kebawah. Hakikatnya, pelanggan tidak akan ‘terlalu rajin’ untuk scroll hingga awal page anda!

STEP 4  : Kumpul Database Email

 

Membina email follow up sebenarnya ada 2 tujuan.

  1. Membuat jualan ‘autopilot’
  2. Membina hubungan jangka panjang.

Akan ada suara bertanya. Kenapa tidak database nombor telefon, alamat rumah?

Sebenarnya, database dalam bentuk nombor telefon dan maklumat lain prospek dan pembeli panting. Tetapi email adalah satu medium untuk automatikkan kerja-kerja anda membuat jualan dan membina hubungan.

Katakan anda anda 1000 database dalam bentuk no telefon. Adakah anda akan hantar SMS atau whatsapp setiap hari? Sudah pasti memenatkan. Itu baru 1000. Kalau satu hari nanti ia meningkat menjadi 100,000?

Email adalah satu sistem yang anda boleh set and forget. Biarkan ia bekerja kepada anda walau anda sedang tidur atau bersama dengan keluarga.

Sebagai contoh, untuk blog kurus, diarikurus.com, saya sudah siapkan email follow up untuk 30 hari (Sebulan) kepada pelanggan yang memuat turun ebook kurus di website. Untuk makluman anda, saya siapkan email ini 2 tahun lepas dan sehingga hari ini, ia masih lagi ‘bekerja’ untuk saya tanpa saya sedar. 

Email ini menjual produk-produk seperti Fat Burber Assez Slymm kepada subscriber saya.

Ini adalah screenshot email yang sudah saya siapkan;

screen-shot-2016-10-11-at-11-47-34-am

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, saya simpulkan, 4 steps di atas amat penting untuk anda lakukan hari ini. Bukan esok! Jangan tunggu dan lihat. Orang yang bijak, akan bertindak mengikut keadaan. Keadaan eknomi sekarang adalah amat tenat. Mulakan dengan gunakan Facebook Ads untuk hasilkan cash sebanyak mungkin dan pada masa sama, bina hartanah maya anda sekarang.

Anda nak belajar lebih lagi?

Jika ya, saya nak jemput anda untuk hadir ke seminar Funnel Evo, di Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini.

Hanya RM40 sahaja untuk pendaftaran secara berkumpulan.

Insya-Allah saya akan share lebih lanjut cara untuk anda letupkan sale di seminar nanti. 

seminar-promo

Hubungi 013-9500 525 untuk pendaftaran.

Tepat sangat LIMITED! Daftar sekarang!

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!