FahdiGhazali.com

Bagaimana Menulis Email Yang Menghasilkan Open Rate Yang Tinggi?

email-marketingSatu pagi, masuk sahaja pejabat, si Khairul cepat-cepat duduk di tempat duduk dan memicit butang ‘ON’ di komputer desktop nya. Niatnya sebelum jam 8.30 pagi, iaitu sebelum masa ‘official’ bekerja, dia mahu siapkan iklan online bisnes kecil-kecilannya di Facebook. Manalah tahu, boleh memancing RM200, RM300 ratus hari ini untuk bawa balik ke rumah. Bolehlah tambah side income disamping kerja tetap sekarang.

1

Si Khairul ini suka berniaga produk yang ‘high demand’ tetapi berisiko. Contoh produk yang dijual adalah produk lelaki (Faham-faham lah..), produk kecantikan wanita dan produk kesihatan. Berisiko dalam hal ini bermaksud ia terdedah kepada pelanggaran terma dan syarat Facebook.

Dengan muka girang, air nescafe tersedia disebelah sebagai booster minda dan sambil melihat jam tangan tepat 8.15, dia membuka halaman Facebook dan seterusnya ke bahagian Facebook Ads.

Tetapi apa yang dilihat sungguh menyedihkan!

‘Ya Allah! Kena Flagged lagi…. Aduh!

Sedih si Khairul apabila melihat satu line merah di bahagian atas yang bertanda ‘Your account had been flagged’

Dengan rasa sedih dan stress, beliau tutup Facebook Ads dan mula menulis status ‘frust’ di wall sambil menyumpah seranah Mat Juki. (Mark Zukenberg)

**********

Barangkali inilah senario yang sering berlaku apabila kita terlalu berharap kepada Facebook untuk sale kita. Hari-hari Facebook. Kalau Facebook tutup, barangkali kiamat dunia? Flagged, page unpublished, iklan tidak convert, iklan tidak approve, pelanggan kurang percaya dan bermacam-macam lagi.

Inilah masalah yang dihadapi oleh ramai orang. Tidak dinafikan, saya sendiri menghadapi masalah yang sama satu ketika dahulu. Saya amat takut jika kalau-kalau akaun Ads yang saya gunakan ini ditutup dan saya tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan servis Facebook untuk mengiklankan produk dan servis disana.

Jadi apa penyelesaiannya?

Antara penyelesaian yang boleh digunakan adalah dengan membina database email anda sendiri. Email yang akan bekerja 24 jam, 7 hari seminggu. Tetapi, masalahnya adalah, email dah ditulis, tetapi tidak ada orang yang baca. Pening juga! Walau ada 10,000 email sekali pun, kalau semua email yang dihantar tidak dipedulikan, tidak dibuka, sia-sia juga. Ia umpama anda berikan surat kepada seseorang dan mereka buang terus ke dalam tong sampah!

Jadi apa kriteria untuk menulis email yang dibuka oleh pelanggan/susbcriber? Ini adalah hasil kes study saya sendiri dan saya boleh rumuskan 7 tips penting untuk pastikan email anda dibuka dan anda boleh buat jualan. Saya sendiri gunakan tips ini untuk melariskan jualan syarikat menggunakan email.

  1. Email yang direka dalam bentuk cerita

    • Baiklah, ini adalah point yang paling penting. Sebelum menjawab soalan ini, cuba kita renungkan kenapa ramai orang suka dan enjoy melihat cerita jam 7 malam? Kenapa wanita suka sangat tengok cerita korea yang berbelas-belas episode, sampai kalau terlepas 1 episode rasa macam separuh mati? Atau kenapa apabila keluar sahaja ‘bersambung….’ sewaktu cerita sedang seronok ditonton kita rasa frust menunggeng? Ya, semuanya sebab naluri manusia sukakan cerita.
    • Begitu juga dengan email. Buat dalam bentuk cerita, pelanggan akan tidak sabar menunggu ceita esoknya. Mereka seolah olah memberi signal, ‘Tolong…. hantar cepat sikit sambungan cerita tu!’
  2. Jangan terus menjual!

    • Menulis email ada seninya. Anda perlu beri mereka rasa selesa dahulu dengan anda. Biar mereka buka dan buka email yang anda berikan. Jualan akan terhasil selepas mereka berasa senang dan mempercayai anda.
    • Dan jika anda mahu terus menjual, gunakan ‘p/s’ di bawah selepas bahagian ‘Yang benar’ dan nama anda.
  3. Ajar pelanggan untuk reply email anda

    • Ini penting. Anda WAJIB biasakan subscriber untuk klik reply dan memberi feedback kepada email yang anda berikan. Anda beri dan pada masa sama, mereka perlu menjawab. Anda bercakap, anda juga harapkan mereka bercakap. Pastikan anda tulis CTA (Call to action) untuk tujuan ini.
    • Contoh ayat yang anda boleh gunakan untuk diletakkan di akhir email untuk subscriber reply adalah “Esok saya akan hantar email bertajuk _________, sila reply email ini untuk menerima email esok’
    • Sistem autoresponder akan menghantar email esok harinya automatik walaupun pelanggan tidak reply. Ia hanyalah sebagai cara atau ‘pancing’ untuk kita pastikan mereka membaca dan mendidik mereka reply email.
  4. Bagi tajuk email sambungan.

    • Seperti dalam TV, habis satu episod, anda akan diberikan ‘teaser’ episod seterusnya. Email juga sebegitu. Anda perlu berikan ‘hint’ apa yang mereka akan terima dalam email esok.
    • Contoh ayat yang boleh digunakan adalah “Esok saya akan hantar email bertajuk _______________”
  5. Beri waktu yang tepat anda akan hantar email kepada subscriber

    • Tips ini juga penting. Berikan masa yang tepat kepada subscriber untuk ‘menunggu’ email dari anda. Dalam drama TV, mereka sudah ada slot masa yang di ‘reserve’ dan penonton perlu menunggu dengan sabar sebelum boleh mengetahui episod seterusnya. Jika jam 7 malam esok, maka mereka perlu menunggu hingga saat tersebut barulah boleh melihat cerita seterusnya.
    • Dalam email, bersama dengan ‘hint’ tajuk sambungan, masukkan bersama waktu. Contohnya, ‘Esok tepat jam 9 pagi saya akan hantar email bertajuk _______________’
    • Anda boleh set autoresponder untuk menghantar email ini pada masa yang ditetapkan. Ia adalah automatik!
  6. Bina 5-6 email follow up

    • Kebiasaannya, 5 ke 6 email follow up ini di ‘set’ setiap hari untuk minggu pertama ‘perkenalan’ dengan anda.
    • Email ini biasanya mengandungi cerita bersama dengan tips penting dalam niche yang anda niagakan.
    • Email-email ini akan bekerja automatik untuk mengekalkan hubungan anda dan pelanggan anda.
    • Jika boleh selepas email ke 6, tulis selang 2,3 hari sekali selama 30 hari.
  7. Watak email

    • Manusia suka berurusan dengan manusia. Yes! Untuk open rate tinggi, anda perlu menulis menggunakan watak ‘manusia’ anda. Berikan nama watak anda. Ia boleh jadi nama anda sendiri atau nama pena anda.
    • Elakkan dari menggunakan nama syarikat atau produk sebagai nama ‘sender’ email kepada subscriber/pelanggan anda.

Insya-Allah, jika anda gunakan 7 tips ini, ia sudah cukup untuk memberikan open rate anda naik 20%-50% dan yang paling penting, hubungan anda dengan pelanggan anda jadi akrab dan seterusnya akan menghasilkan sale yang besar untuk perniagaan.

Bermanafaat? Picit share!

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



1 comment… add one
  • Tips yang menarik. Saya suka part email yang direka dalam bentuk cerita tu.

    Tak kira kita jual apa sekalipun kita, kalau kita pandai bercerita orang akan mudah percaya, suka dan baca email kita.

    Lagi-lagi kalau guna SOS. Hehe. (Rujuk pak cik Andre Chaperon.)

    Kalau kita nak tulis subject line yang betul-betul menarik lagi tak terkalah seksinya boleh dapatkan idea daripada abam Ben Settle.

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!