FahdiGhazali.com

5 Sebab Kenapa Strategi Pemasaran Anda Gagal

b3

1

 

Pada hari kita boleh lihat banyak usahawan-usahawan muda berjaya menempa nama mereka dalam bidang perniagaan seperti Dato Aliff Syukri, Dato Sri Vida, Furyna Mohd Azmir (Pengasas Aurawhite) dan ramai lagi. Di sebalik kejayaan usahawan-usahawan terkenal ini, mereka mempunyai strategi pemasaran mereka sendiri yang boleh anda contohi. Jika anda mempunyai strategi pemasaran yang betul, tidak mustahil perniagaan anda akan perkembang mengikut hala tuju yang anda inginkan. Namun anda harus tahu beberapa faktor yang mungkin anda terlepas pandang yang boleh menyebabkan strategi pemasaran anda tidak berjalan seperti mana yang anda mahukan.

1) Lambat Untuk Perbetulkan Kesilapan

Salah satu punca kenapa strategi pemasaran yang anda guna tidak membantu untuk kembangkan lagi perniagaan anda adalah disebabkan adanya kekurangan dalam strategi pemasaran tersebut. Perbezaan antara syarikat yang berjaya dan syarikat yang gagal adalah, syarikat-syarikat yang berjaya ini berani untuk melakukan perubahan atau penambahbaikan  apabila ada sesuatu yang tidak memuaskan mereka ataupun kesilapan-kesilapan besar mahupun kecil yang berlaku dalam plan pemasaran mereka.

Kesilapan yang besar yang selalu dilakukan oleh usahawan-usahawan baru ini adalah apabila mereka mengesan berlakunya kesilapan dan kesalahan dalam strategi pemasaran, mereka masih lagi gunakan strategi yang sama dalam tempoh tertentu dengan harapan keadaan tersebut akan berubah pada masa akan datang. Ini cara yang salah.

Cara yang betul adalah apabila anda “mengesan” ada yang tidak kena dalam strategi pemasaran anda, sebagai contoh apabila dalam sebulan syarikat anda kerap mengalami kerugian anda harus cepat merangka strategi yang baru yang lebih baik.

2) Memasarkan Sesuatu Yang Pasaran Tidak Perlukan

Punca utama kenapa peniaga-peniaga baru ini tidak dapat bertahan lama dalam pasaran adalah disebabkan mereka memasarkan produk atau services dimana pasaran tidak memerlukannya.

Masalah timbul apabila pengasas-pengasas produk atau services tersebut tidak mahu mengakui produk atau services mereka kurang mendapat sambutan di pasaran tetapi mereka masih lagi memasarkan produk/services mereka tersebut kerana takut alami kerugian.

Perkara yang betul yang patut anda lakukan adalah kaji dulu permintaan atau demand pasaran, jika tiada pemintaan ini adalah masa yang sesuai untuk anda beralih kepada produk/services yang lebih mendapat sambutan di pasaran.

3) Merekrut Tenaga Kerja Yang Salah

Antara faktor lain yang menyebabkan kegagalan sesebuah empayar perniagaan adalah kita mengambil pekerja yang tidak penepati kriteria yang kita mahukan. Amat penting untuk anda menilai dulu kebolehan dan kemahiran individu terlebih dahulu untuk memastikan mereka mampu membantu anda menaikkan lagi empayar perniagaan anda.

Jika anda mengambil pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang tertentu ia akan menjadikan syarikat anda lebih produktif.

Perlu diingat, syarikat anda akan ditimpa masalah yang besar jika anda mengambil pekerja yang tidak menepati criteria yang anda inginkan kerana anda mungkin tidak senang dan selesa untuk bekerja dengan mereka, tidak dapat berkongsi idea yang menarik dan mereka juga mungkin tidak bersemangat untuk sama-sama memajukan syarikat anda. Jadi untuk mengambil pekerja baru bekerja di syarikat anda pastikan anda tahu personaliti dan kemahiran yang mereka ada, jangan sesekali mengambil pekerja berdasarkan sijil-sijil yang mereka ada semata-mata.

4) Budaya Kerja Yang Kurang Produktif

d2

Suasana di tempat kerja juga memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah syarikat. Suasana kerja akan jadi kurang produktif bila kurangnya semangat untuk bekerja dikalangan pekerja-pekerja disebabkan oleh masalah-masalah tertentu.

Budaya kerja yang kurang produktif juga akan menyebabkan kurangnya semangat untuk bekerja sebagai satu kumpulan, hal ini akan menyebabkan segala perancangan perniagaan yang anda rangka tidak akan dapat dicapai.

Jadi untuk mewujudkan suasana kerja yang produktif ini anda harus bermula dengan mengambil tenaga kerja yang boleh membantu anda untuk mencapai apa yang anda inginkan. Kemudianya anda harus menjadi contoh dan bimbing mereka untuk mencapai misi dan visi anda yang juga memberi manafaat kepada mereka.

5) Tidak Mahu Melakukan Pembahruan

Apabila produk anda sudah memasuki pasaran dalam tempoh masa yang lama, anda akan lihat graf jualan produk anda mendatar. Ini adalah perkara biasa kerana pada satu tahap,  kesemua target customer anda akan mempunyai produk tersebut. Jika anda tidak melakukan sebarang perubahan atau perkembangan akan menyebabkan graf jualan anda akan menurun. Hal ini kerana keadaan pasaran sentiasa berubah dan anda tidak boleh mengharapkan keadaan pasaran sentiasa sama dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh anda boleh lihat jenama-jenama produk yang terkenal seperti Aurawhite, anda boleh lihat Produk AuraWhite ini melakukan berubahan terhadap produk mereka yang sedia ada dari segi packaging, penambahbaikan terhadap produk mereka dan juga menambah rangkaian produk mereka dengan mengeluarkan produk kosmatik dan juga produk untuk lelaki.

Kesimpulan

Oleh itu bagi memastikan strategi pemasaran anda berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan anda harus pastikan anda cuba elakkan beberapa faktor-faktor diatas untuk mengelak sebarang masalah yang akan timbul dalam perniagaan anda dikemudian hari.

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!