FahdiGhazali.com

3 Step Mudah Menarik Minat Pelanggan Membeli Melalui Email

Traffic against futuristic black and blue background

1

Adakah anda mempunyai website business sendiri tetapi trafik ke website anda kurang memuaskan dan kurang “visitor” yang berkunjung ke website anda? 

Ada banyak kaedah yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan traffic yang tinggi ke website anda, salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan Paid Traffic. Antara contoh-contoh paid traffic yang boleh anda gunakan bagi menaikkan lagi traffic ke website anda adalah melalui Pay-Per-Clik (PPC) iaitu melalui Google Adwords dan FB Ads

Namun anda harus ingat kesemua jenis-jenis Pay-Per-Clik (PPC) diatas memerlukan modal yang besar, jika anda tidak menggunakannya dengan cara yang betul ia boleh mendatangkan kerugian, jadi anda harus gunakan peluang tersebut dengan betul agar dapat memberi keuntungan kepada anda. 

Disini saya ingin kongsikan kaedah yang boleh anda gunakan untuk menukar Paid Traffic anda kepada profit melalui Email Autoresponder iaitu aplikasi yang membantu untuk mengelola kegiatan email marketing anda. 

Ada 3 langkah mudah untuk menghasilkan email autoresponder yang berkesan dan efektif antaranya :-

Langkah 1 : Offer Sesuatu Yang Pelanggan Tidak Boleh Tolak

Man offering an expensive gift box wrapped in us dollar bills

Langkah yang pertama untuk menghasilkan email autoresponder yang boleh memberi keuntungan kepada anda adalah dengan menawarkan sesuatu tawaran dimana audience anda tidak boleh tolak atau dalam kata lain tawarkan sesuatu yang mereka suka dan mahukan. Sebagai contoh anda boleh bagi giveways percuma atau pun sesuatu yang berkualiti dan bermanafaat.

Namun anda mesti tertanya-tanya offer apakah yang boleh anda bagi untuk audience anda.

  • Pertama sekali anda mesti tahu pasaran anda.
  • Kemudian, anda mesti kaji apakah permasalah yang mereka hadapi dan yang ingin mereka atasi.
  • Dan apabila anda sudah tahu permasalahan yang dihadapi dalam pasaran, anda boleh tawarkan giveways percuma bagi penyelesaian kepada masalah tersebut.

Ada banyak cara yang boleh anda guna untuk mengkaji pemasalahan yang dihadapi oleh orang ramai salah satu daripadanya adalah anda mesti rajin memasang telinga dan mata di media sosial untuk tahu apakah masalah yang audience anda hadapi. Selain itu anda juga boleh lakukan kajian keyword untuk tahu carian penyelesaian masalah apa yang selalu orang ramai ingin tahu.

Apa bentuk free giveaway yang anda boleh bagi? Antaranya adalah:

  1. Ebook percuma
  2. Video
  3. Tutorial percuma
  4. Kupon 
  5. Barang fizikal percuma
  6. Webinar

Sebagai contoh jika anda ingin memasarkan produk-produk kecantikan, antara masalah yang sering dihadapi orang ramai adalah masalah kulit gelap, kulit kusam, kulit berjerawat, kulit berminyak, masalah kegemukan dan banyak lagi. Berdasarkan permasalahan-permasalahan tersebut anda boleh tawarkan giveways percuma bagi menyelesaikan masalah mereka dengan hasilkan e-book untuk bagi tips-tips yang berguna, article-article yang berkaitan dengan masalah-masalah mereka, free video, dan pre-recorded webinar.

Langkah 2 : Karang Headline Email Yang Menarik

Apabila anda sudah berjaya mencari free giveaway yang sesuai untuk audience anda, langkah seterusnya adalah anda harus mereka tajuk headline yang menarik bagi menarik perhatian dan minat audience anda. Tidak kiralah sebagus manapun free giveaway yang anda tawarkan, jika headline yang anda sampaikan itu menarik ia sekaligus akan menarik minat audience anda untuk terus mengikuti mesej-mesej yang anda ingin sampaikan dan hubungan anda dengan audience akan sentiasa berjalan.

Masalah akan timbul apabila audience anda sudah pun sign-up untuk mesej autoresponder tetapi apabila mereka dihidangkan dengan tajuk-tajuk headlines yang kurang menarik, minat mereka untuk terus mengikuti anda akan terbantut. Jadi amat penting bagi anda untuk hasilkan tajuk-tajuk headline yang bagus dan menarik bagi menimbulkan minat audience untuk terus berhubung dengan anda. Anda harus tahu perkataan-perkataan yang anda gunakan untuk menulis headline-headline tersebut sebenarnya mampu memainkan emosi audience-audience anda.

Disini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk menghasilkan headlines yang betul

  • Pastikan tajuk headline tersebut menonjol. Gunakan nombor, simbol untuk menarik minat audience.
  • Memperkenalkan diri anda. Pastikan pada email-email pertama kepada audience, anda perkenalkan diri anda dengan jelas kepada mereka.
  • Headline anda mestilah spesifik dan bermanafaat. Audience anda akan tahu email tersebut mengenai apa dan apa yang mereka jangkakan dari email tersebut.
  • Headline anda mestilah terkini. Kaitkan tajuk headline anda dengan isu-isu semasa.
  • Pastikan Headline anda ada Call-To-Action. Audience akan beri tindakbalas yang baik apabila mereka diarahkan untuk melakukan sesuatu perkara.
  • Uji dulu headline anda. Pastikan anda uji dulu tajuk headline anda untuk tahu headline tersebut mendapat klik yang ramai dari audience ataupun tidak

Langkah 3 : Jualan Pertama

Langkah seterusnya adalah cara yang betul untuk anda memulakan jualan dengan audience anda.  Pertama sekali sebelum anda ingin memulakan aktiviti jualan pastikan anda telah membina TRUST ataupun kepercayaan audience terhadap anda dulu. Amat penting bagi anda untuk membina kepercayaan audience terhadap anda supaya mereka akan lebih terbuka untuk menerima email-email anda dimasa akan datang. Apabila mereka sudah kenal dan percaya dengan anda akan mudah untuk mereka membeli produk/services yang anda tawarkan kepada mereka.

Oleh itu, dalam proses untuk membina kepercayaan audience, pertama sekali anda mesti pastikan pada minggu pertama anda berinteraksi dengan audience, email yang anda hantar 100% terarah kepada memberi sesuatu yang bermanafaat kepada audience tanpa meminta sebarang balasan daripada mereka, ia dipanggil strategi soft selling. Hal ini akan membuatkan mereka lebih percaya dan selesa untuk berurusan dengan anda pada masa akan datang.

Untuk berkongsi email yang bermanafaat dengan audience amat senang, dimana anda perlu menghantar email-email yang bermanafaat dan berguna untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi, tetapi anda mesti pastikan email-email yang anda hantar kepada audience anda berkait dengan produk/services yang bakal anda offer kepada mereka nanti. 

Sebagai contoh jika anda menawarkan produk-produk untuk kecantikan seperti skin care ataupun supplement untuk kulit  anda mestilah menghantar email-email yang berkaitan dengan penjagaan kulit jangan pula anda email tips-tips untuk turunkan berat badan, kurangkan kolestrol dan sebagainya. Hal ini akan membuatkan anda kehilangan pelanggan-pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk anda.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, email marketing adalah “penyelamat” kepada kebocoran trafik dan sale yang sangat berkesan. Ia juga berperanan sebagai database yang boleh memberi “cashflow” bukan sahaja untuk sale jangka pendek, tetapi juga amat berguna untuk sale masa depan. 

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!