FahdiGhazali.com

11 Tabiat Kecil Yang Hebat Untuk Dilaksanakan Setiap Hari

Tabiat adalah suatu perkara yang kita lakukan setiap masa, setiap hari, dan kadang-kadang kita boleh melakukan suatu aktiviti tersebut secara tak sedar kerana sudah terbiasa sangat melakukannya.

1

Ia seperti suatu kelakuan yang telah diprogramkan ke dalam otak kita untuk melakukannya sejak dari kita bangun pagi hinggalah tidur semula pada waktu malam. Kebiasaannya, amat sukar untuk meninggalkan sesuatu tabiat dan mungkin memerlukan masa yang sangat lama untuknya keluar dari diri kita.

Woman reading a book

Terdapat 2 jenis tabiat yang sering kita buat iaitu tabiat baik dan tabiat buruk.

Senang cerita, tabiat baik adalah perkara yang kita rasakan baik dan orang lain dapat menerimanya sebagai perkara yang baik. Contohnya, membaca buku ketika berada di dalam pengangkutan awam seperti bas atau LRT.

Tabiat buruk pula ialah perkara yang kita rasakan baik, namun orang disekeliling kita menganggap sebaiknya. Sebagai contoh, korek hidung. Ini contoh sahaja ya. Kita berasa lega bila melakukannya namun bila ditonjolkan tabiat ini dikhalayak ramai, alamat memang kena kecamlah nanti.

Kali ini saya nak berkongsi tabiat yang kita boleh cuba cipta dalam kehidupan seharian kita. Hanya dengan melakukan 11 tabiat kecil ini, anda mampu menjadikan diri anda sebagai orang yang hebat.

1. Sebelum tidur, beritahu otak anda, “kejutkan aku pada pukul ____ pagi“.

Kalau anda amalkan ini setiap hari, otak anda akan memprogramkannya di dalam minda separa sedar dan anda akan terbangun pagi sebelum jam loceng anda berbunyi. Tapi, syarat pertama sekali, anda perlulah tidur awal dulu ya.

Rear view of a young man waking up in bed and stretching his arms

Kalau cara di atas tak menjadi juga, setkan jam loceng kemudian letakkannya jauh dari katil supaya anda akan betul-betul bangun untuk tutup jam loceng tersebut. Seeloknya pakai jam loceng betul, elakkan guna smartphone. Ini untuk elakkan anda tekan butang snooze. Kalau dah tekan butang snooze, maka anda akan tidur kembali pula.

2. Minum satu liter air selepas bangun.

Kebanyakan orang tak cukup tenaga sebab kurangnya air dalam badan. Air juga merupakan salah satu bentuk tenaga yang bagus untuk diri anda.

Sebelum tidur, letakkan sebotol air minuman di sebelah katil dan terus minumnya apabila bangun daripada tidur.

3. Selepas memberus gigi, berhenti seketika dan seyum pada diri anda.

Katakan pada diri anda, “aku sayang kau“.

Rasa tak selesa buat begini? Percayalah, kebanyakan orang tak betul-betul hargai diri sendiri secukupnya.

Bak kata Aristotle, “We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit”.

Daripada kata-kata tadi memang betul menggambarkan sekiranya kita berfikiran positif, segala perkara boleh jadi positif, begitu juga sebaliknya. Jadi, apa salahnya anda mengatakan perkara positif tentang diri anda sendiri?

4. Ambil masa untuk berjalan kaki.

Berjalan kaki telah dikenal pasti dapat membantu manusia dalam menyelesaikan masalah, serta dapat mendatangkan idea baru.

Sebenarnya, perkara yang anda cari untuk selesaikan masalah sudah lama ada dalam diri anda. Dengan mengambil inisiatif untuk berjalan akan menjadikan otot anda daripada berada dalam keadaan ‘numb‘ ke keadaan ‘responsive‘. Bila perkara ini berlaku, idea-idea yang segar akan mula muncul dan masalah anda akan selesai.

5. Bersyukur

Dikala anda berasa sedih, rasa seperti kekurangan sesuatu, ambil masa untuk berhenti dan cuba aplikasikan konsep bersyukur.

Cuba bayangkan 3 perkara yang buatkan anda rasa bersyukur. Percayalah, anda akan menjadi lebih lega selepas melakukannya.

6. Isi masa dengan aktiviti kerohanian

2-Waktu-waktu-Doa-Mustajab-Dan-Cara-Berdoa-Dikabulkan

Bagi umat Islam, telah diwajibkan untuk kita menunaikan solat 5 waktu seharian. Dengan melakukannya, bukan sahaja kita dapat mendekatkan diri kepada Maha Pencipta, anda juga mempunyai masa untuk menenangkan diri daripada kesibukan waktu kerja.

Ambillah masa untuk menghela nafas panjang sambil memohon petunjuk daripada Ilahi.

7. Lakukan SATU perkara paling penting yang anda perlu buat

Sebelum mulakan kerja anda, review semula satu perkara yang anda perlu selesaikan hari ini. Kemudian, terus buat kerja tersebut.

Anda akan lebih fokus dan hasil kerja anda akan menjadi lebih efektif apabila anda lakukan perkara ini.

8. Puji seorang setiap hari

Anda tak perlu untuk jadi hipokrit untuk lakukan ini. Memuji juga bukanlah maksud untuk membodek. Tapi, anda boleh berikan kata-kata semangat atau galakan kepada orang lain supaya mereka menjadi lebih positif.

Dengan cara ini, hubungan silaturrahim anda dengan orang sekeliling akan menjadi lebih baik. Secara tidak langsung boleh memberi kesan positif kepada anda semula.

9. Bersenam setiap hari

kids_exercising

Bersenam dapat memberikan badan anda lebih sihat dan dengan cara ini, minda anda juga akan menjadi lebih cerdas. Jikalau anda tiada masa untuk bersenam secara menyeluruh, cubalah teknik regangan ringkas untuk beberapa minit.

Dengan badan yang sihat, kehidupan anda akan menjadi lebih produktif.

10. Review semula hari anda dan ingat perkara baik yang terjadi seharian

Kalau boleh, catatkan dalam jurnal apa yang anda telah lakukan hari ini.

Apabila anda membaca semula perkara baik yang telah anda lakukan seharian, minda anda akan jadi lebih positif untuk menghadapi keesokan hari

11. Amalkan membaca setiap hari

Cara yang paling terbaik untuk mendapatkan idea ialah dengan membaca, membaca dan terus membaca. Pastikan buku bacaan anda juga bermanfaat serta memberi tambah nilai dalam kehidupan anda.

Bacalah sesuatu sekurangnya 20 minit sehari. Ia bakal membuka cara pandang anda.

Cukup 11 tabiat kecil namun boleh memberi impak dalam kehidupan anda. Cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian dan anda akan nampak hasilnya pasti menjadi lebih positif.

Sumber: Al-Baraqah.info, Medium

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!