FahdiGhazali.com

10 Tips Cari Pekerja Bagi Syarikat Start Up

238HSaya baru selesai menemuduga hampir 10 orang calon hari ini… aaahh.. ada yang menepati citarasa, tapi ramainya tidak. Kecewa.

1

Niat dihati memang saya mahu membantu anak Melayu sendiri untuk mendapat kerja. Walaupun gaji tidak banyak, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka menyara kehidupan setelah ‘grad’ dari universiti.

Harapan saya besar, tapi mungkin tidak sebesar harapan yang mereka bawa semasa interview.  Mungkin.

Lebih menyedihkan, datang lenggang kangkung tanpa persediaan. ‘Homework’ untuk interview pun jarang sangat dibuat. Sekurang kurangnya, buatlah reseach dulu sebelum datang untuk temuduga. Tidaklah nampak sangat kita tidak bersedia.

Berikut adalah tips yang boleh saya kongsikan untuk mereka yang sedang mencari pekerja. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri so far (Menguruskan syarikat SME kecil, start up dan pengalaman dulu melatih beratus orang untuk sebuah syarikat)

  1. Lelaki atau wanita? – Biasanya saya lebih suka ambil pekerja wanita. Mereka biasanya lebih fokus dan jujur dalam melaksana kerja. Lelaki? Lelaki saya akan ‘go trough’ betul-betul sebelum ambil keputusan. Check FB mereka, lihat personaliti mereka. Paling penting, job scope untuk lelaki perlu kepada kerja yang lebih mencabar. Kalau kerja office biasanya seminggu pertama perform, bila dah makin lama, mereka akan jadi sedikit malas. Tak semua, tapi majoriti.
  2. Pointer perlu tinggi? – YES, pointer perlu tinggi! Ini pengalaman saya sendiri. Ada orang kata, kerja tak sama dengan dengan belajar. Ada orang pointer rendah, tapi bila kerja sangat bagus. Saya pun pegang falsafah itu pada awal-awal dulu. Tapi… hakikatnya.. tidak dalam dunia nyata. Cuba ambil satu kesimpulan. Jika pointer rendah, pada saya hanya 1 sebab. MALAS. Malas semasa belajar. Kalau setiap semester pun pointer rendah.. kalau tidak makan, mesti tidur. Saya sendiri pernah merasa pointer rendah (Bukan sahaja rendah, tapi rendah giler…) Tapi saya back up dan belajar sungguh-sungguh supaya biasiswa tidak ditarik dan saya grad sekurang-kurangnya 3 pointer keatas.
  3. Kahwin atau tidak? – Ini subjektif. Ada yang dah kahwin bagus, tapi bagi saya sebagai syarikat start up, saya perlukan staff yang betul-betul komited dan beri fokus 100% untuk bangunkan syarikat. Biasanya jika staff dah ada anak, 50% minda mereka fikir soal anak, suami atau isteri. Akan ada banyak isu anak sakit demam, anak nak pergi sekolah, isteri sakit dan lain-lain. Maaf jika tidak setuju dengan statement ini, tapi ini yang saya lalui.
  4. Research atau tidak? – Ok, ini penting. Dengan soalan ini, jelas 100% calon untuk bekerja dengan kita jenis malas atau tidak. Kalau tak buat research, nasihat saya, jangan ambil terus!
  5. Interview secara berkumpulan – Teknik ini saya baru buat. Biasanya saya interview seorang demi seorang. Proses ini makan masa. Saya tukar jadi group interview. Semasa group interview, kita boleh lihat siapa yang ‘outstanding’ dan fight untuk jawatan yang kita tawarkan. Lihat character calon dengan teliti. Siapa jawab soalan paling awal, markah lebih tinggi. Biasanya mereka adalah calon yang lebih yakin.
  6.  Soalan killer – Kenapa saya perlu ambil awak, reject orang lain? – Ini soalan yang saya suka tanya semasa interview berkumpulan. Mereka akan cuba jawab sebaik mungkin. Dan bagi peluang untuk mereka tambah jawapan jika jawapan orang lain lebih baik. Ini akan wujudkan persaingan sihat.
  7. Buat iklan kerja di Mudah.my – Mudah.my adalah salah satu option untuk anda cari pekerja. Disana, ramai job seekers yang selalu browse dan lihat pekerjaan kosong yang ada berdekatan dengan mereka. Saya sangat sarankan anda buat iklan berbayar dan biarkan iklan anda ‘ON’ selama mana yang anda nak. Biarkan resume masuk ke inbox email walaupun anda tidak memerlukan pekerja pada waktu tersebut. Akan ada masanya, pekerja anda berhenti, anda hanya perlu buka email dan panggil interview.
  8. Surat untuk ibu – Sebelum bermula interview, saya suka untuk berikan setiap calon interview sehelai kertas kosong. Saya akan minta mereka untuk tulis surat untuk ibu mereka. Dari sini anda boleh lihat mereka ‘jujur’ mahukan pekerjaan dan adakah mereka ‘serius’ untuk kerja tersebut. Bayangkan kalau tulis surat untuk ibu pun ala kadar, sah-sah kerja lepas ini pun ala kadar.
  9. Masa – Ini penting, calon yang datang lewat, terus reject! Kita ada banyak pilihan, jangan kesian
  10. Aktif atau tidak semasa belajar – Jika anda dapat seorang calon yang aktif dan pointer tinggi, insyaALLAH biasanya mereka ‘perform’ semasa kerja. Kalau aktif sahaja tapi pointer tak jaga, susah untuk buat kesimpulan. Tapi kalau tak aktif dan pointer pun teruk, baik jangan ambil awal-awal.

Semoga tips ini boleh membantu bagi syarikat start up. Pada saya yang menguruskan syarikat start up hampir 3 tahun ini, duit sangat penting. Jadi setiap pekerja yang masuk ke dalam syarikat adalah ‘pelaburan’ kita.

Kesiankan perniagaan kita dahulu berbanding kesiankan orang lain.

Seperti nasihat kawan saya, kalau kita rugi, kita akan tanggung bertahun-tahun. Pekerja tanggung sekejap bila terpaksa berhenti, bulan depan mereka dah dapat kerja lain..

Share kalau bermanafaat! 🙂

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!